Tuesday, 12 March 2013

Latar Belakang DPP SME Bank & DPP Bank Rakyat

DPP SME Bank, Universiti Utara Malaysia, sebelumnya dikenali sebagai Kolej Bukit Kachi 2 yang terletak 3 kilometer dari kampus induk telah dibina bagi memenuhi keperluan asrama luar kampus yang lengkap bagi menempatkan seramai 2216 orang pelajar. DPP SME Bank mempunyai reka bentuk asrama yang berkonsepkan alam semulajadi dan mewujudkan halaman terbuka. Ia merangkumi 8 blok asrama, 1 dewan makan yang berkonsepkan restoran dan 1 pejabat asrama.


Dewan Penginapan Pelajar Bank Rakyat, Universiti Utara Malaysia atau dahulunya dikenali sebagai Kolej Bukit Kachi 1 ialah kolej ke-15. DPP ini memulakan operasinya pada Jun 2003 dan mampu menempatkan seramai 216 orang pelajar. DPP ini telah dibina di kawasan seluas 20 hektar di lereng bukit dan berhampiran dengan sungai. Ia merangkumi 8 blok asrama, 1 dewan makan yang berkonsepkan restoran dan 1 pejabat asrama.


1 comment: