Sunday, 17 March 2013
Fun Run & Senamrobik
Makanan-makanan
Setiap hari, pelajar-pelajar yang tinggal di bukit kachi akan membeli makanan di kachi mall. Terdapat pelbagai makan di kachi mall. Antaranya makanan cina, masakan india, masakan barat, minuman, ala carte, dan sebagainya.
Wednesday, 13 March 2013
Aktiviti-aktiviti pelajar di Bukit Kachi
Terdapat pelbagai aktiviti harian yang dijalankan oleh pelajar yang menginap di dewan penginapan bukit kachi, samada di DPP SME Bank atau di DPP Bamk Rakyat. Aktiviti-aktiviti seperti jogging, skuash, tennis, bola sepak dan sebagainya akan dilakukan oleh pelajar pada waktu petang atau semasa cuti. Pelajar-pelajar bukit kachi telah mengamalkan amalan hidup yang sihat.
Kachi Fest
Kachi Fest merupakan satu festival yang diadakan di Bukit Kachi. Kachi Fest diadakan pada setiap semester. Semua ahli jawatankuasa akan berusaha dan bekerjasama supaya festival ini akan dijalankan dengan sempurna. Pelajar-pelajar UUM sama ada tinggal di Bukit Kachi ataupun di kampus akan menyertai Kachi Fest yang dianjurkan di Dewan Kachi.
Tema Kachi Fest pada semester satu 2012/2013 ialah Hard Rock.
Persediaan-persediaan sebelum Kachi Fest......
'Show' yang menarik dijalankan pada hari Kachi Fest.....
Pasar Malam, Bukit Kachi
Pasar malam bukit kachi akan dibuka pada waktu petang setiap hari Ahad. Terdapat banyak makanan yang sedap dijual di pasar malam ini. Antaranya ialah kelopok lekor, kuih muih, laksa, mee goreng, mihun goreng, nasi goreng, nasi ayam, satay,minuman dan sebagainya. Pelajar yang tinggal di Bukit Kachi akan membeli makanan di pasar malam setiap hari Ahad.
Insfraktutur di Bukit Kachi
Pelbagai kemudahan telah disediakan di Bukit Kachi. Antaranya adalah :
- Uni Mart yang menjual pelbagai barang-barang harian.
- Kachi Hall yang dapat menampung 700 orang
- Kachi Mall yang menjual pelbagai makanan dan minuman
- Masjid
- Atm
- Tennis Court
- Padang Bola Sepak
- Bilik Squash
Tuesday, 12 March 2013
Latar Belakang DPP SME Bank & DPP Bank Rakyat
DPP SME Bank, Universiti Utara Malaysia, sebelumnya dikenali sebagai Kolej Bukit Kachi 2 yang terletak 3 kilometer dari kampus induk telah dibina bagi memenuhi keperluan asrama luar kampus yang lengkap bagi menempatkan seramai 2216 orang pelajar. DPP SME Bank mempunyai reka bentuk asrama yang berkonsepkan alam semulajadi dan mewujudkan halaman terbuka. Ia merangkumi 8 blok asrama, 1 dewan makan yang berkonsepkan restoran dan 1 pejabat asrama.
Dewan Penginapan Pelajar Bank Rakyat, Universiti Utara Malaysia atau dahulunya dikenali sebagai Kolej Bukit Kachi 1 ialah kolej ke-15. DPP ini memulakan operasinya pada Jun 2003 dan mampu menempatkan seramai 216 orang pelajar. DPP ini telah dibina di kawasan seluas 20 hektar di lereng bukit dan berhampiran dengan sungai. Ia merangkumi 8 blok asrama, 1 dewan makan yang berkonsepkan restoran dan 1 pejabat asrama.
Abstract / Abstrak
This blog is created to introduce Bukit Kachi residential halls. Bukit kachi has two residential halls which are DPP Bank Rakyat and DPP SME Bank. We would like to describe more about Bukit Kachi to our friends who are not familiar with the environment in here. There are a few attractive places and points in Bukit Kachi which will be explored by us in this blog. On every semester, students from Bukit Kachi will organize some festivals in Bukit Kachi which will attract a lot of students in the campus to come over and join us. Besides that, the facilities in Bukit Kachi also considered very sufficient and good in condition. To utilize the facilities in Bukit Kachi, students who live in Bukit Kachi will also organize a lot of activities in Bukit Kachi. Hence, students in Bukit Kachi practicing a healthy lifestyle. Last but not least, there are also a night market in Bukit Kachi. Finally, we hope that people will have a better understanding about Bukit Kachi and introduce Bukit Kachi to others as it is a really good place.
Abstrak
Blog ini telah dicipta untuk memperkenalkan dewan penginapan pelajar Bukit Kachi. Bukit kachi terdapat dua dewan penginapan pelajar iaitu DPP Bank Rakyat dan DPP SME Bank. Kami ingin memberitahu lebih banyak mengenai Bukit Kachi kepada kawan-kawan yang tidak berapa mengenali persekitaran disini. Kami akan memperkenalkan beberapa tempat yang menarik di Bukit Kachi dalam blog ini. Pelajar di Bukit Kachi akan mengadakan aktiviti-aktiviti dan menjemput pelajar-pelajar di kampus untuk menyertai bersama kita. Kesimpulannya, kami mengharap lebih banyak orang akan memahami lebih dalam tentang Bukit Kachi.
HuiNLing's Profile
Name: Lim Siau Hui
Matric no: 212766
Course: BBA
Course: BBA
Semester: 4
Date of birth: 20 September
Hometown: Butterworth, Pulau Pinang
Name: Tan Chi Ling
Matric No: 212799
Course: BBA
Course: BBA
Semester: 4
Date of birth: 20 September
Hometown: Klang, Selangor
Subscribe to:
Posts (Atom)